Tuesday 4 October 2016

German Malaysian Institute

Salam guys, today im going to share with you guys about my decision wether to go for asasi sains (my pilihan upu) or MARA SPC (yes i got it). If u guys looks back to my other thread, i shared a lot about these things.

So my recent thread, i talked about my six days experience in ASASI SAINS UITM DENGKIL, you can check it out at this link..
On the sixth day, I checked MARA SPC and it happened to be that I succeed to get this scholar

Dengkil (science) while spc (engineering), it is not really hard for me to deter my choice, because after i gone through my mara's , I always thought the pro and cons between these two choices, me and my friends also contacted our school counsellour, teacher fazilawati so when the day have comes for me to choose,  finally i chose spc mara.

So i will list the pro and cons that i had been thinking in my mind. Lets start with the cons first.

Cons:

1) I had to forget my ambition to become   a doctor.

2) Awek awek uitm dengkil cun, so saya terpaksa tinggalkan... Huuu ~ T_T

3) Rasa macam takde jatidiri, kata nak jadi doktor.. Hrmm

4) Have to gone through all over again the process to enter new college..haih

5) Have to leave all my friends at uitm dengkil.

Pro:

1) Pinjaman boleh ubah, which means if i succeed to follow or the requirement that they have give to me, i will only pay them back maximum 20% only..

2) I will use english and german language a lot After this,and of course, it will be an advantage to me.

3)Dapatlah jugak merasa belajar kat tempat orang kan. In shaa Allah

4)German is well known with its engineering technology.

5)Agak secured lah pilihan ni rather than asasi, i think lah...

Hrmm... I think that is it..the Pros and the Cons of my decision, actually , dah lama dah start thread, time preparation untuk ke GMI, but then, asyik tangguh je until today 4/10 baru sambung balik, its alrdy about three month here, a lot to be shared with u guys actually... Hrmm bye :) Assalammualaikum

Wednesday 1 June 2016

UiTM Dengkil ! Here We Go!

Hai Assalammualaikum, hari ni saya nak share pengalaman saya sepanjang berada di UiTM Dengkil yang terletak di Selangor nih,hari selasa haritu masuk then ahad dah cuti, so sekarang nih siswa siswi tengah relax relax sebelom pulun belajar nanti, hahhaha, okay sebelum tuh saya nak share beberapa info tentang UiTM ini, so first, UiTM ni baru saja dibuka, batch kami 1998 adalah batch kedua, batch pertama adalah batch 1997 dekat UiTM Dengkil ni, itupun diorang sempat merasa hanya satu semester sahaja, so time datang tuh memang bau baru lagilah tempat ni, tak banyak benda lagi yang rosak dan harap tak rosak lah untuk berpuluh puluh tahun akan datang. Majoriti pelajar kat sini berumur 18 tahun sebab dekat sini hanya ada pelajar asasi sahaja, means that UiTM kumpulkan semua pelajar asasi di dalam satu tempat gitu lah, ada empat kos, Law, Engineering, Sains dan TESL. Untuk Law tuh ada dua jenis, satu KPM satu lagi UiTM.

So, first week kami of course lah ada MDS (Minggu Destini Siswa), semuanya okay je, takdelah terok sangat, untuk U kami lah, kalau UiTM lain taktahu lah macam mane, tapi semua tuh standartlah minggu orientasi kan. sakgi dah habis tuh bebas lah balik..
Dekat sini pelajar lebih kurang 4 ribu orang, dan paling ramai terdiri daripada pelajar Sains lebih kurang 2.3 ribu orang.. So rasanya kalau satu tahun nih tak sempatlah korang nak kenal semua orang kan ..

Untuk lelaki ada 3 kolej kediaman, Tualang 1, 2 dan 3 manakala pompuan lak ada dua iaitu Dahlia 1 dan Dahlia 2. So tak banyak yang boleh share sebab taktahu banyak sangat kan, masuk hari selasa haritu, ahad dah balik, enam hari je kan. enam hari je berada di UiTM.. enam hari sahaja saya merasa duduk dalam UiTM...sebab saya dapat tawaran belajar tempat lain, nanti saya share yer.. T_T
So saya ada snap a few pictures dekat kolej kediaman saya, Tualang 1.





- Inilah dia , Tualang 1 ! 

-Dalam locker
- Ada tempat untuk sangkut


- A lot of drawer so korang boleh susun ikot pengelasan barang.
- Ada cermin untuk acah acah
- View dari tingkat bilik
- Dalam 1 rumah ada 3 bilik, dalam 1 bilik ada 2 katil.

- Tandas 1


- Tandas 2


- Sinki
- Ruang untuk last touch up sebelum bergerak ke kelas.
- Suis yang banyak untuk main Dota secara LAN ramai ramai. haha


- Meja camni ada pro and cons dia,
kalau korang prefer dalam bilik
or luar bilik untuk meja belajar korang?

- Ada workboard so korang boleh letak jadual and so on

- Yang suis tengah tuh untuk lampu belajar 
- Rak yang luas
- View dari balkoni rumah saya.

- Dekat balkoni ada ampaian disediakan.

- Dan ituuuu hrm apetuh, tasik kot... nice kan
- Ini dekat balkoni member, view dia boleh nampak PTAR (library).




- View dari rumah member.
- And that is PTAR

-Jalan jalan dengan member dekat IOI Mall




- Breakfast mee goreng tambah telur mata, total RM 2.50

Jadi itulah apa yang saya sempat snap dalam tempoh enam hari dekat situ,harap harap info info bergambar ni bermanfaat untuk korang semua, belajar rajin rajin dan maju terus yer! :D 
Sebenarnya saya tak akan lagi meneruskan pengajian saya dekat UiTM nih sebab saya dapat tawaran SPC dari MARA untuk melanjutkan pengajian dalam kos engineering dekat German Malaysian Institute (GMI). Setelah berfikir masak masak saya mengambil juga offer tuh! harap korang batch 98 dan yang akan datang berjaya dalam pelajaran dekat UiTM tuh yer! Bye :D

Wednesday 4 May 2016

Alamak! SPM Dah Dekat!!!

"Dah bulan enam dah ni, tapi macam macam lagi aku tak dapat, exam addmath pertengahan tahun pon aku just dapat score 36 ja, tak kira yang lain lagi! camna nih!"

Ya Allah, lebih kurang begitulah apa yang bermain dalam kotak fikiran saya masa waktu nak dekat dekat SPM2015 dulu, sangat gementar, duduk MRSM jauh jauh, Selangor ke Kedah, Kedah ke Selangor, naik bas pergi balik lebih kurang RM100 jugaklah, itu sekali trip, bayangkan dalam 2 tahun berapa banyak saya pergi balik Selangor-Kedah? Belom kira duit duit buku yang entah berapa ratus saya spend, yerlah ada sesetengah subjek kitorang digalakkan beli buku Success yang tebal tu, Hrmm banyak lagilah buku lain. Macam mana tuh? Saya nih bukan lah orang yang berada, dan dalam family Saya parent saya memang memberi harapan kat saya. Duit beribu, hasilnya mestilah diharap dapat dituai dikemudian harikan?


Segala perbelanjaan nih adalah antara faktor faktor kenapa sampai satu masa saya belajar kaw kaw punya, faktor yang lain pulak adalah cabaran daripada rakan rakan. Hrm sebenarnya cabaran tuh bukan lah maksudnya cabaran secara direct, tapi cabaran yang indirect. For instance, ada satu hari tu, saya jalan bersama dua orang rakan saya yang antara top student. Okay time tuh memang otak ni masih mencari cari lagi ..haha maksudnya kureng lagi lah.. hrmm, then diorang boleh bukak topik pasal kalau tak silap subjek chemist kot, Alamak! hrm bayangkan lah, jalan bertiga dan saya agak terasa lah kan.. diorang pung pang pung pang kita krik krik je, no idea to talk! Banyak lagi sebenarnya keadaan yang lebih kurang sama macam nih. So tak boleh jadi lah kan? So memang pulun lah padu padu! Maka saya carilah cara cara yang lebih berkesan bagi saya untuk belajar.

Dua nih boleh dikatakan sebagai main factor lah yang menggerakkan saya menjadi seorang yang lebih bersemangat untuk belajar.So, bayangkan daripada seorang pelajar yang tak berapa cemerlang, saya dapat jugak score 6A 3B dalam SPMRSM (trial exam) saya , dan jugak straight As dalam SPM saya, Alhamdulillah~ syuukur

Jadi point saya dalam entry kali ini, sebenarnya masih belom lambat lagi kepada adik adik untuk berjaya, masih ada harapan, masih ada sinar nya, jangan putus harapan lagi. Baru bulan 5 nih, masih sempat! Apa yang awak perlu adalah semangat untuk belajar! Jadi saya nak share lah dengan korang macam mana untuk belajar dengan lebih berkesan cara saya!

TIPS:

1) Minum air putih lebih banyak
  - Masa nak dekat dekat SPM, saya sampai beli berbotol botol air mineral. Kenapa?
Sebab air putih ni akan beri oksigen kepada otak kita!

2) Hubungan
   -Hubungan dengan Allah, Ibubapa, guru guru dan rakan rakan kena lah jaga. Ini semua untuk           Keberkatan.

 3) Latihan
   - Buat je latihan korang tuh, kalau korang nak bantai pon takpe, bila bincang nanti korang tahu lah   jawapan dia, maksud saya bantai tuh setelah fikir lah, bantai lah dengan rational.

  4) Soalan Objektif

     -Okay ini terus teranglah, memang saya sendiri apply, dan memang berkesan, subjek Biology,       Chemistry, Fizik, Sejarah dan Pendidikan Agama Islam. Lagi lagi Kimia, korang semua kena           cuba! Bayangkan pernah cikgu buat macam test kecik lah, soalan objektif Kimia, 1st test saya           dapat lebih kurang 24 ke 26 camtu, pastu yang 2nd test, saya dapat lebih kurang 36/50 dan last test   saya dapat 40 something. Dalam waktu yang singkat. Sebab paper objektif nih tak leceh, korang     just fikir,bulat then tengok lah jawapan, oh yer, selepas test tuh, saya rasa tak pernah saya punya paper objektif sama ada latihan ataupun exam dapat below 40 .. Paper 1 nih seronok time nak check tuh, hrm rindu! Korang kene test yang nih! Berkesan untuk saya~

   5) Cara aku
      - Okay cara nih agak mahal sikit guys!sebab memang sangat berkesan! nak tahu sebab apa? kan saya ada mention kat atas peperiksaan mid year addmath saya just scored 36   kan? Then exam SPMRSM saya dapat lebih kurang 63! Which make it A- . So rahsia dia macam     ni, habis je prep petang, lebih kurang pukul 4:30 - 5:00 pm camtu, saya akan berjumpa dengan  sifu Addmath saya, yer dia memang sangat pro, pandai mengajar dan peramah, Ada cara tersendiri. So saya akan buat hrm lebih kurang 4 ke 5 soalan dengan dia, biasalah soalan Addmath memang ambil masa yang agak lama, Then habis saja buat saya akan rush pergi makan petang and balik dorm untuk bersiap ke surau, sangat awal ke surau, masuk dalam surau, orang masih  tak ramai, then saya akan menyendiri dalam surau tuh, bersila menghadap kiblat, saya tutup mata dan fikir balik pasal soalan yang saya buat bersama sifu saya tadi, saya ulang balik step step untuk buat soalan tu.. one by one, seolah olah sedang menjawap soalan tuh lagi sekali bezanya kali ini tanpa pensel atau pen. Kalau dapat jawab, dapat ulang step step tuh, Alhamdulillah tapi kalau saya tak dapat jawab, prep malam tuh saya akan cari soalan yang sama dan cari jawapan dia lagi sekali. Okay soalan yang  saya ambil kebiasaannya dari buku koleksi SPM/SPMRSM/SBP..  cara nih berkesan dengan saya. macam bertafakur gitu.

     6) Take a look dekat soalan SPM
      -OUH rupanya exam exam nih ada format dia! yup memang berformat melainkan dia soalan         KBAT , selain tuh memang berformat, seolah olah dia ulang soalan yang sama just nombor yang berbeza. Seolah olah dia cakap "saya sayang awak" dan "saya cinta awak" ..eh ape bezanya kan? yup spelling je! lagi lagi MATH dan ADDMATH. Kalau boleh tengok semua subjek, korang ambil yang SPM 2015 punya kan, korang tengok macam mana ,teliti semuanya.. sebab lebih kurang camtu lah korang akan jawap nanti.. Sebab masa pertengahan tahun 2015, saya kene masuk dalam group "From Zero to Hero" hrm kira macam program untuk budak budak yang tak score Addmath lah, so dari situ cikgu bagi soalan paper 1 Addmath start from number 1. Dari situ saya macam seolah olah ada hala tuju tau... Seolah olah format format tuh adalah landasannya dan kita just kene get through je.. sebab sebelom nih kalau study atau exam.. cikgu main bagi je soalan, dan soalan soalan tuh ada yang tak seperti yang akan keluar time exam.. So kadang saya malaslah nak buat.. kalau korang ada buku koleksi SPM ,memang cun,just buat then refer soalan.. best!

- Mind map pon boleh bantu, tapi kena kemas lah, satu chapter satu helai kertas mungkin?
      7)Bertanya
      - Yer masa hujung hujung nak dekat SPM, memang saya agak tebal muka, lantaklah orang nak kata apa, asalkan saya ada jawapan, saya ada ilmu! Kalau cikgu stress pon biarkan! it shows our commitment, tapi jangan lah sampai annoying sangat! Dan kalau ada member korang lagi pandai korang pergi je tanya dia, jangan sombong ! Kalau korang rasa tak ngam tanyalah member lain ~

    8) Bersifu
     - Memang saya ada sifu saya sendiri dan Sifu Addmath saya kira paling saya sayang lah...sifu lain lain macam sikit sikit je kot menunjuk ajar. Sifu BM dah hujung hujung baru saya berguru ngan    dia tapi memang banyak saya belajar dari dia Alhamdulillah.

    9) Mengajar
    - Bila kita dah dapat ilmu dapat jawapan untuk soalan yang agak susah, ajarlah orang lain, benda nih akan menjadikan otak kita lebih ingat dan lebih faham apa yang disampaikan, jangan sombong! Saya ada terbaca quote dalam twitter, hrm lebih kuranglah camni , kalau kita ada seringgit,kita share dengan member kita, kita akan dapat 50 sen, dan dia akan dapat 50 sen, tapi kalau kita ada satu ilmu, kalau kita share, kita still ada satu ilmu dan member kita dapat lagi satu ilmu,yang quote ni mungkin agak berbeza sikit , tapi sama lah point dia hahahaha XD .hrm kita tak rugi pon kalau share ilmu dengan orang, jadi share share lah ilmu!


Okay setakat ini sahajalah yang saya dapat share dengan korang! Just nak ingatkan ini adalah cara saya dalam belajar, tak semestinya ngam dengan korang, mungkin korang ngam dengan cara yang lain kan, cara yang tersendiri. Mungkin juga korang boleh explore cara korang yang tersendiri. Semua ni kira tips yang mungkin saya rasa dapat membantu korang. Apa apa pun belajar lah rajin rajin, makanan jaga, berdoalah sentiasa kepada yang Maha Esa. :)

- Kadang kadang kita kena muhasabah diri

Tuesday 3 May 2016

Hrmm.. Asrama?

Assalammualaikum guys, entry kali ini saya nak share dengan budak budak yang berhajat atau otw ke sekolah berasrama. Dan juga sebab haritu nak share sebab kenapa saya taknak sambung ke matrik dekat entry lain haritu.


Okay 10/2/2014, tarikh bermulanya hidup saya di sebuah pusat menimba ilmu, hrmm, nak kena cari kawan baru and so onlah. Takpe okay je.


Okay, dah berlalu beberapa bulan dekat MRSM tuh, maka bermulalah masa untuk fokus dalam study, tapi hrmm~ tak berapa cun lah, tak ngam pulak dengan suasana belajar dekat asrama. Sangat letih bagi saya, tapi tak semestinya untuk semua orang, so saya akan bagi beberapa isi dalam bentuk point on problem problem yang saya hadapi dekat asrama.


Masalah:


1)Sibuk 
   
- JADUAL SAYA
   - Masa untuk berehat sangatlah kurang! Walaupun masa masa tersebut digunakan banyak untuk perkara perkara yang baik, namun saya tak berjaya adapt dengan situasi, sebab mungkin saya ni jenis yang perlu cukup tidur. I mean, contoh kalau time form 3 dulu, sekolah pagi then petang tuh mungkin boleh lepak sikit,chill chill ataupun tidor, but kat asrama? Nope! You have prep petang!! Nanti saya akan buat satu flow chart jadual dari bangun pagi sampai ke malam. Jadual tu ikot experience aku lah, mungkin lain tempat, lain masa lain caranya dak?


2)Mengantuk

 -Okay yang nih memang point paling saya tak suka!hrm, I mean it ,seriously, saya adalah orang yang paling tak suka nak hadap mengantuk tau! Lagi lagi dalam kelas, kalau boleh memang nak tidor, but sebab nak jaga hati guru kenalah lawan benda tuh, hrmm memang tak suka lah, sebab saya nih jenis tidor kene cukup then baru boleh belajar,tidor cukup, belajar pon efficient!Kan?
- TIDOR!!!
Masa aku form 4 dan awal tahun form 5 memang benda nih terok ar. Rasa tak suka belajar just sebab saya takleh fokus, i mean, what is the point learning when u dont give any focus at all at what your teacher teachings! am i rite? Kalau ada cikgu cikgu yang baca entry ni, please, kalau nampak budak tuh mengantuk sangat just give him some rest, 10 minutes would be enough, sebab masa saya ngantuk tuh, tak expect pon nak tidor berjam, just a few minutes okay.


3)Tak cukup masa

  - Apa yang saya maksudkan dengan point saya yang satu ni adalah time untuk iron baju, basuh baju, kemas kemas kawasan tempat tidur dan locker. Okay mungkin saya sahaja yang rasa benda nih, bayangkan lah balik prep malam pukul 11 malam! What?? Yup 11 malam tau.. hahaha! Kau nak sembang sembang , lepak lepak luh ngan member, camno tuh! So, korang kene pandai lah curi curi masa sikit, kalau dekat maktab saya Alhamdulillah ada washing machine~ 



4)Jadual 

  -Yer guys, jadual awak awak semua akan ditetapkan dekat asrama, so korang kene ngam lah ngan jadual tuh, kalau saya kurang sikit lah sebab kalau tengahari panas panas tuh nak pergi sana sini situ... oh im not like that but of course saya still boleh compromised, nak taknak manusia kalau nak berjaya kita mesti lakukan pengorbanan dan kompromi, semuanya untuk mencapai cita cita kita kan.. learn to adapt! CONTROL THE SITUATION, NOT THE SITUATION CONTROL YOU!

-REMEMBER THAT




So that is my problems that i had to face those days, banyak lagi sebenarnya, haha Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, sebenarnya takdelah terok sangat, kalau kita nak mesti boleh punya, orang orang yang nak berjaya mana boleh merungut itu ini, Yang saya cerita nih semuanya pasal problem, tapi kebaikannya mana? banyak sebenarnya kebaikan duduk asrama nih, zaman sekarang nih kalau budak budak asrama nak merungut itu ini memang tak patutlah, sebab kalau dibandingkan dengan orang dulu dulu, jauh bezanya kan.Saya just nak share perkara nih so that kalau ada adik adik yang nak masuk asrama boleh ready dengan perkara perkara nih. Yang pasti kalau duduk asrama nih korang boleh fokus dengan study korang ! You dont have to face any problems at your house. Yela lagi lagi usia usia kita nih kan ,16,17,18... ada je point nak gaduh dengan family members. Darah muda katanya~

Monday 2 May 2016

Where is next?

Ke mana lepas ni? yang pasti pilihan kali ini akan menentukan masa depan.
Entry kali ni, aku nak share dengan korang pasal apa yang aku dah lalui lepas dapat keputusan SPM2015 haritu, Alhamdulillah aku dapat keputusan yang cemerlang,3A+ 5A 1A- dan sekarang hanya tunggu beberapa keputusan before aku buat final decision aku on which path should i choose.



So, aku start dari sebaik sahaja aku dapat result haritu,
Selepas beberapa hari dapat result haritu, maka bermulalah hari hari yang sibuk sebab nak kena apply itu ini.


Setiap scholarship , lain lain caranya kita nak apply, ada yang mudah je, ada yang macam macam dia mintak. So, masa ni, aku mengaku memang agak tertekan sikitlah, nak print itu ini, filing, cop pengesahan dari pegawai yang berkelayakan and so on.


Kan cantik camni.
Memang sangat stress lagi lagi ayah aku yang sentiasa push aku. Dia memang caring tapi sikap dia membuatkan aku sangat sangat stress. So my advice is, korang get ready lah, kalau boleh korang korang yang masih sekolah tu, dah ada satu file yang korang dah compile sijil sijil kecermelangan akademik or kokurikulum tuh. Jadilah orang orang yang organized.


                                                                                                 
                                       


So, macam macam scholarship aku mintak tapi so far sampai hari ni 2/5/2016 aku tak dapat apa apa tawaran lagi dari institusi institusi atau pihak yang menyediakan scholarship yang aku nak.
                                                                                             

Kecuali  haritu je aku dapat pergi interview MARA dekat kolej politeknik kat Bangi kalau tak silap aku.Bidang yang aku mintak untuk interview ni adalah Engineering dekat German Malaysian Institute dalam/luar negara. Kalau aku tak silap nama program itu adalah GAPP, GAPP stands for German A-Level Preparation Programme. Kalau ada rezeki, In shaa Allah doakan saya yer, In shaa Allah dalam bulan enam nanti keputusan akan dikeluarkan. Hrmm, bagus jugak kan dapat pergi German.

Masa 2015 haritu satu batch kami ada buat permohonan untuk ke Matrikulasi/Kolej Mara, so aku mintak lah Matrik Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Tapi check check je keputusan haritu entah mengapa aku dapat Matrikulasi Gopeng, Perak. Hrm, kenapa?entahlah hahahha





Tapi memang aku tak target sangat Matrikulasi sebab daripada kata kata orang suasana di Matrik/Kolej Mara ni lebih kurang macam asrama lah, aku ni kan pelajar asrama jugak, MRSM.
Ada sebab dia kenapa aku dah taknak ulang hidup seperti di Asrama,bukan kene buli yer..mungkin aku akan cerita di entry lain.




So, sekarang aku sedang tunggu keputusan UPU , my first choice is PASUM ataupun Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Yes! Sebenarnya cita cita aku nak jadi doktor pakar kanak kanak so memang situ lah aku target, tak silap aku ada interview, tapi nape aku masih tak dapat dapat yer? Hrmm..yeke ada kawan kawan?

Then lain lain pilihan aku prioritize kan yang Asasi Sains/Sains Hayat dulu. Tunggu sahajalah, ada rezeki kalau dapat aku akan ambil Asasi Sains dulu.



Just sekarang ni aku pening sebab kalau aku dapat program MARA tuh camne? best tu program MARA.hrmm....takpe, benda tak pasti lagi kan..



*KORANG PULAK CAMNE?